Tuesday, 7 June 2011

you sedih...........! pergi jauh-jauh ! :DD

before...............
^-^ say 'NO' to SEDIH......... ! (:

  1. sediakanlah ruang dan waktu; anda perlukan waktu untuk memulihkan jiwa....... bagilah ruang untuk diri anda sendiri. kurangkan apa yang berada di fikiran dan santailah. jangan menyeksa diri dengan hal-hal yang tidak terlaksana seperti yang diharapkan.
  2. ceritakanlah........ carilah teman yang dekat untuk mencurahkan perasaan anda. namun, imbangilah hal ini dengan memberi dan waktu untuk bersendirian.
  3. menangislah........ menangislah jika anda sudah sedia. ketika saat emosi mulai muncul, biarkan air mata anda mengalir sehingga anda berasa tenang.
  4. pergilah keluar........ habiskan waktu untuk minum teh di kafe, berkeliling di kedai buku ataupun berjalan-jalan di taman.
  5. carilah seseorang atau teman....... bicaralah kesedihan anda dengan orang yang pernah mengalami kesedihan atau kehilangan dalam hidupnya.
  6. maafkanlah........ memikirkan tentang apa yang seharusnya dilakukan dan tidak seharusnya dilakukan hanya akan membuat anda runsing. tidak ada manusia yg sempurna. jadi maafkanlah diri anda dan orang lain.
  7. mencari ketenangan....... ketenangan boleh menjadi sesuatu yang sihat dan boleh disalurkan dalam beberapa cara. misalnya, dalam keadaaan yang tertekan. banyakkanlah menghabiskan waktu untuk tidur. carilah ketenangan ! pergilah menonton wayang, lakukan hobi yang baru, banyakkan tidur siang atau lakukan sesuatu perjalanan.
  8. berdoalah........ tenangkanlah rohani anda dengan ayat-ayat suci al-Quran. titipkanlah bibir anda dengan ayat-ayat semanis zikir Allah. sujudlah kepada yang Maha Esa. ia bukan sahaja dpt menghilangkan kesedihan yang dihadapi, malah dapat memberi ruang untuk mengenali siapa diri anda.
  9. singkirkanlah yang negatif........ hentikanlah fikiran-fikiran yang negatif--- ia boleh mengakibatkan terjadinya perkara yang lebih buruk. berhati-hatilah apabila berada diantara orang-orang yang negatif. jika boleh, jauhkanlah dari keadaan yang membuat anda sedih.
  10. bersenamlah !....... jangan abaikan tubuh anda. bersenam dapat memperbaiki diri dan menghasilkan hormon-hormon yang positif dalam tubuh. kenikmatan yang timbul saat kesedihan dan kesakitan yang dilepaskan semasa bersenam dapat memberikan kesan yang menggagumkan.

^-^ renung-renungkan dan selamat amalkan ! :DD

 
after............. (:

2 comments: